2 Disember 2015 - 03:30
16 mangsa culik ucap terima kasih kepada Hasan Nasrullah

16 askar Lubnan yang diculik pengganas Jabha Nusra ucap terima kasih kepada Hasan Nasrullah yang berusaha keras membebaskan mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ahli keluarga 16 mangsa culik pengganas menyatakan kegembiraan mereka setelah rundingan bertukar
tawanan mencapai kesepakatan.

Askar-askar yang menjadi mangsa culik selama empat bulan lalu tiba di Lubnan dengan berpakaian tentera dan disambut oleh Perdana Menteri
Tammam Salam, Ketua Jabatan Keselamatan Gen. Abbas Ibrahim, komandan tentera Gen. Jean Qahwaji dan duta Qatar ke Lubnan Ali Bin Hamad
Al-Marri.

Kesemua mangsa culik ini disambut sebagai wira di Serail, Lubnan bersama tangisan kaum keluarga mereka.

Maj. Gen. Ibrahim berkata, "Setelah 16 bulan menderita dengan berbagai kesulitan, akhirnya hari ini mereka tiba... Walaupun kes ini rumit, yang
penting ialah kita menjaga kehormatan Lubnan dengan membawa pulang tenteranya."

Ibrahim mengucapkan terima kasihnya atas kerjasama semua pihak dalam membantu mengakhiri episod penculikan yang didalangi pengganas
Jabha Nusra.

Setelah menyebut nama-nama tawanan yang masih berada dalam cengkaman militan IS, beliau berharap semua pihak akan terus berusaha untuk
membebaskan mereka.

Mangsa culik pengganas Jabha Nusra ini dibebaskan dalam acara pertukaran dengan beberapa orang anggota pengganas dari penjara Lubnan.
Usaha pembebasan mereka ini dijalankan Persatuan Palang Merah.

Sementara itu para tawanan ini diarak dalam satu konvoi ke kota Al-Labweh, lembah Bekaa untuk mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha
Agung Hizbullah, Sayyed Hasan Nasrullah dan Maj. Gen. Abbas Ibrahim. Salah seorang mangsa culik menyatakan, "Kemenangan untuk Sayyed
Hasan Nasrullah."

37 orang telah diculik sepanjang bulan Ogos 2014 dalam pertempuran dengan Jabha Nusra dan militan IS di Arsal.